Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Jumaat, 29 Mei 2015

Telur Dadar goreng biasa jerr

Assalamualaikum..
Hai kawan telur dadar pun nak cerita ker?

Haahaaa mesti ada geng-geng hati selaput itam yang akan cakap camtu kan?
Aku saja ja uat entri ni, sajaaa nak kongsi cara buat telur dadar goreng, 
Aku tau la korang tu memang teror bab masak2 ni..aku ni masak mana la pandai , main campak2 jer, asal kena tekak aku laki bini anak beranak jadilahh..
Fikir positif..Fikir positif..kot2 kat luar tu ada rakan2 kita yang sememangnya nak goreng telur pun tak tau..mana la tau kan? so entri ni kot2 dapat la bantu sikit2.

Kat bawah ni resepi telur dadar goreng biasa ja... nextime kita upgrate sikit okay... macam2 boleh jadi dengan telur ni..okay lah nextime aku try & error

RESEPI TELUR DADAR GORENG
Bahan2 nya:

2 biji telur ayam
1/4 hirisan bawang (ikut suka nak bawang besar ke kecik ker)
2 biji cili api/merah di hiris halus (taknak cili pun boleh)
Garam secubit sikit
Sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya:
Pecahkan telur , satukan semua bahan dalam 1 mangkuk kecuali minyak & kacau dengan garfu hingga sikit kembang.
Panas kan minyak dalam kuali dan masukkan telur tadi untuk digoreng. Sila kawal api agar telur tidak hangus dan terbalik-terbalikkan telur supaya masak sekata. 


Tak sampai 5 minit dah siap. dah jom g makan dengan nasi panas tambah kicap bilal.
sluurrrppppp...



Rabu, 27 Mei 2015

Ohhh Kekabu..

Assalamualaikum... hari ni pagi-pagi lagi kita dah menaip....
pe pasal yerkkk macam tu pulak tajuk entri kita ari ni...feeling feeling cotton gittttu..

Korang tau tak kekabu tu apa? kalau nak tau sila google sendiri ya...tak tau aku nak explain kekabu tu camna.. ;-p
Kami sekeluarga memang peminat kekabu ni, kalau tido tak pakai bantal kekabu tu..sok pagi bangun kompom sakit tengkuk weiiii... ntah lah apa magic bantal kekabu ni aku pun tarak tau..orang yang gila kekabu jer pahamm.
Aku nak jamu sikit kat korang gambar ni...Aku bukan jual tau, kali ni aku pulak yang membeli..beli borong lagi nyahhh...beli banyak dapat murah lagi.

Disebabkan keramahan aku (haaa aku angkat bakul kejap) bila time nak balik makcik jual tu siap bagi free lagi bantal untuk bebudak...hahaaa rezeki anak-anak la katakan..
ok la kan, dah la dapat harga diskaun pastu dapat free bantal lagi..fuuhhhh best.


Aku beli 9 biji bantal kepala, 1 biji bantal peluk panjang, 1 set cadar baby pink cartoon pooh tu.
Bantal budak color hijau tu dapat free ya.. 
Set bantal + tilam baby tak termasuk dalam entri memborong aku kali ni tau,  set tu aku beli dah lama sebelum bersalin anak sulong dulu tahun 2009 aku beli kat kedai makcik ni jugak masa tu.
Sekarang anak aku dah 3 orang..still guna tilam yang sama...Haa nampak tak..tilam kekabu tahan lama kan? Korang pandai jaga..elokla tahan lama.

Hero Ibu sorang ni, pantang nampak camera..posing sikitttt

Korang tau tak cara nak jaga bantal-bantal kekabu ni?
Meh sini aku nak bagitau, bantal kekabu ni kita kena jaga elok-elok ya. Lepas guna tu, tepuk2 bantal tu bagi gembur2 sikit kekabunya. kalau rajin seminggu ke 2 minggu sekali jemur bawah sinaran matahari, kalau agak2 malas tu sebulan sekali pun tak pe. Aku pulak pemalas kuasa 2..hehehh. 
Bila jemur tu kita dapat hilangkan bau2 peluh yang melekat kat bantal. Pastikan jangan terkena air ya, kekabu boleh rosak strukturnya kalau kena air..nanti berketul2 pulak kekabunya.Terkena sikit tak per lagi..kalau banyak kena air alamatnya bantal tu jadi keras kejung ler. 

Aku beli kat sini ya kengkawan..Alhamdulillah buat masa ni aku still puashati lagi dengan kualiti bantal-bantalnya. Korang pun boleh la cuba juga..

Makcik...ooo makcik saya dapat komisen tak, nak iklan kedai makcik ni.... kihkihhh

Aku beli kat kedai makcik yang baik hati ni..
Kedai Kekabu Hajjah Safeah (Warisan Bantal Pokok Kekabu Asli)
Ini gambar lama ya kengkawan, sekarang kedai makcik dah baru. Masa aku datang memborong bantal tu, kedai ni baru dibaikpulih disebabkan kebakaran. Aku tak pasti la jadual waktu niaga kedai nya ya..lupa pulak nak tanya. Rasanya buka kot setiap hari dari pagi hingga petang. 

Ni aku bagi google map pelan ke kedai...mungkin sedikit sebanyak dapat bantu korang nak g sana nanti..

Gambar 1st kat bawah ni kabur la, malas pulak aku nak mengedit balik.
Kedai ni dekat sungai buloh selangor. Aku tinggal kat shah alam, so aku bagi direction dari shah alam ya..
Ikut Guthrie Expressway menghala ke utara exit Sg. Buloh belah kiri, korang terus jumpa traffic light pertama, korang terus lagi dlm 500m belah kiri akan jumpa kedai makcik ni sebelum selekoh kiri & sebelum traffic light Aman Putri.



Ok lah.. bagi peminat kekabu tu boleh la jemput datang ke kedai makcik ni ya.. 
selamat feeling feeling cotton...

Assalam for today.













Selasa, 26 Mei 2015

Kami sayang kamu Aisya Zahirah binti Yahya Part 1

Terduduk tersentap naluri keibuan aku bila dapat berita sedih dari group whatsapp sekolah menengah aku.


Tak tahu macam mana aku nak mula cerita, cuma yang boleh aku bagitau.. aku sedih sangat bila tahu berita anak Yahya dikhabarkan menghadapi tumor otak ataupun Germ Cell Tumor (GCT). Aisya Zahirah baru berusia 6 tahun kebetulan sebaya dengan anak sulong aku.
Ya Allah besar dugaan yang Kau berikan pada sahabat aku ni. Tiada adik beradik lain, Aisya anak tunggal yang dijunjung bagai minyak yang penuh. Siapa sangka seorang budak yang bijak, sudah pandai membaca, sopan santun hormat orang tua..tubuh badan sihat.. tanpa ada apa2 petanda berat..tiba2 Yahya dan isteri dihidangkan dengan berita sedih ini.
Ya Allah Ya Tuhan ku mengalir air mataku saat aku membayangkan sahabatku itu menerima berita tersebut.

Hujung minggu lepas aku & suami diberikan kesempatan melawat Aisya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Aisya ditempatkan di wad pedriatik kk3 bilik no.3.

Sampai sahaja di wad, aku lihat Aisya tidur dalam pelukan ibunya. Aku tak mahu ganggu momen yang paling indah itu. Kami berdua berada di luar wad sambil menunggu Yahya yang sedang solat zohor. 
Saat menunggu itu, mata aku berkaca jer bila lihat anak2 yang ditahan di wad. Jarum sana sini kat badan, ada anak kecil rasanya berusianya 1 setengah berjalan sambil ibunya menolak tiang drip air tu..ada yang sudah banyak keguguran rambutnya mungkin akibat dari proses rawatan kimoterapi. Aku ni sensitif sangat memang mudah menangis & suka pendam perasaan. Suami aku perasan tu kot mata aku berkaca, tapi dia pun buat derkkk jer... Mr. sado aku ni pun sebenarnya dalam hati ada taman...mudah sedih jugakkkk.

15 minit berlalu, Yahya sudah selesai solat. Aku masih boleh cam wajah sahabatku tu walaupun sudah hampir 16 tahun tak berjumpa. Bentuk tubuh badan banyak berubah berbanding dari zaman sekolah, dulu sekecil2 batang buluh sekarang dah sebesar batang balak. aku pun macam tu juga.. hihi

Okay berbalik kepada cerita Aisya. Aku masuk melawat Aisya sedang tidur. Korang tahu tak... Aisya dah tidak nampak langsung !! Ya Allah Ya Allah.. Istiqfar aku untuk aku meredakan sedih hati ku ketika itu.
sesekali Aisya bergerak2 membetulkan posisi tidur. Yahya bagitau, camtu la Aisya..(Yahya berhenti berbicara meredakan sebak dihatinya) Aku sambung kata2nya... " ya lah Ya, bebudak bila dah tau gelap je..mesti jorang pikir tidur ja" ..
Panjang lebar aku berborak dengan Yahya, sering kali Yahya bercerita tentang anak kesayangannya Aisya yang bijak..anaknya yang ulat buku.

Cerita yang disampaikan Yahya kepada aku bahawa Aisya seorang anak yang ceria & sihat. Tiada menunjukkan sebarang tanda yang berat. Budak2 demam, itu perkara biasa tiada apa2 yang pelik. Korang tahu tak, tumor tu dah membesar selama 6 bulan dalam otak anak kecil itu !!
Simptom yang dapat dikesan oleh Yahya adalah bermula 3 minggu yang lepas. Aisya demam + muntah2. Aisya dibawa ke klinik termasuk 2 buah hospital kerajaan tapi semua doktor maklumkan "angin dalam badan". Sehinggalah Aisya menunjukkan simptom penglihatan menjadi kelam @ gelap, Aisya di bawa ke klinik swasta & hasil pemeriksaan doktor dan keputusanya agar Aisya segera dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. 
Di HBKL la bermula semua kisah sedih & dugaan besar yang perlu sahabat aku hadapi dengan redha.

Aku tahu Yahya kau Ayah yang hebat. Apa yang boleh aku tolong adalah kata2 semangat buat kau Yahya.
.

Sebelum pulang, Terkedu aku sebentar pabila aku dipeluk mak mertua Yahya sambil menangis teresak2 mohon doakan keselamatan cucunya..Ya Allah air mataku bagai air sungai mengalir tanpa henti. Aku peluk erat Insan Emas itu aku pelukkk erat2.. Aku cium Aisya.. aku katakan padanya "Aisya Kuat, Aisya Hebat, Aisya Sihat" 
Aisya mengangguk paham dengan kata2 aku padanya.. Aisyah menghulurkan salam tangannya kepada ku tanpa disuruh dalam keadaan matanya yang tidak dapat melihat.

Buat Yahya & Isteri 
Aku tahu sahabat aku kuat, tabah & berharap dia redha dengan ketentuan Allah ini. Berat mata memandang berat lagi mahu yang memikul. Aku berdoa Aisya Zahirah binti Yahya sembuh seperti sedia kala.

Kami Sayang Kamu Aisya Zahirah


Kami Sayang Kamu Aisya Zahirah





Isnin, 25 Mei 2015

Terung goreng cili api kicap

Balik dari opis lagi memang dah decide nak masak ringkas2 ja tapi pedas... biasa la aku laki bini memang makan pedas ja... tak pedas tak lalu makan.. hahaha gitu orang melayu... 
 Bukak peti ais tengok2 ada terung, so aku rasa keje masak kilat paling cepat ialah
TERUNG GORENG CILI API KICAP

Disebabkan nak cepat sangat tak teringat pulak aku nak hambik gambar bahan2nya. Gambar dah siap je aku sempat amik.. so aku google jer untuk korang bahan2nya ya..(jangan silap sayur pulak ya bila g pasar tu tau...nak beli terung korang g beli carrot pulak, aku dah bagi gambar tu .. hehehhheh)


Bahan-bahannya :

4 BIJI TERUNG 
(aku guna terung kontot2 je, gambar ni terung panjang. ikut suka korang la nak terung jenis apapun)

2 BIJI CILI MERAH

10 BIJI CILI PADI
(kurangkan cili jika tak nak pedas)


1 BIJI BAWANG BESAR

2 SUDU BESAR KICAP PEKAT 
(ni kicap feveret aku, korang leh guna kicap apa2 brand pun)

SEDIKIT IKAN BILIS 
Image result for ikan bilis

SECUBIT BELACAN

SEDIKIT MINYAK MASAK UTK MENUMIS


Cara-caranya :
1. Terung dipotong kecil (1-2inci)
2. Bawang besar bahagi dua. Separuh utk dimesin, separuh lagi dipotong/hiris halus.
3. Mesin cili merah, cili api, belacan & bawang separuh.
4. Goreng ikan bilis hingga garing (ketepikan)
5. Tumis Bawang besar yang telah dihiris tadi sebentar kemudian masukkan terung.
6. Masukkan bahan mesin dan kicap. Tumis hingga separa kering masukkan sedikit sahaja garam dan gula ikut rasa.
7. Tumisan dah hampir kering boleh lah masukkan ikan bilis yang telah digoreng td.
8. Kacau sekejap, pastu dah siapppp...angkat dan hidangkan.

tadaaaaaaaaaaa...... pedas terangkat !!


Cukup untuk 2-3 orang dewasa.. 
Tapi aku kuat melantak, setakat banyak ni aku pun leh abiskan..huhuu

Okay kengkawan, try la yea.. simple jer. Ada masa kongsi la resepi dengan kita ya..









Jumaat, 22 Mei 2015

Perkara yang perlu sebelum & semasa temuduga

Hari ni baru dapat tahu kawan-kawan pejabat ramai juga yang dapat panggilan temuduga jawatan kosong dalam kerajaan, sooo jorang pun sibuklah dok klik..klik keyboard tu update resume la google cara2 nak hadiri interview la... 
Aku ni pun bagi ler pendapat aku apa yang perlu ada sebelum temuduga... yela aku ni kan dah seniorrrr (hahaha seniorrr la sangat...senget ader la)
Ni aku bagi sikit tips yang mungkin korang boleh gunakan sebelum hadiri temuduga. Harap2 dapatla membantu sedikit sebanyak ya.. yela aku ni pun bukan teroorr pun.. masa temuduga dulu pun aku menggelabah gak sampai nak kencing pun aku tahan2 jer !

ni haa hambik ya adik2 :-p

1. Relaxkan diri.. dah relax baru leh teruskan langkahnya...
2. Rajinkan diri menggoogle berkenaan syarikat atau sedikit sebanyak isu semasa. Sekarang pasal isu GST, pastikan korang tahu sedikit input berkenaan GST, nanti bila disoal xder la korang dok ternganga jer okay..
3. Ambiltahu lokasi pusat temuduga, xder la nanti "dah nak terberak baru nak gali lubang ye adik2"
4. Pastikan resume & segala sijil2 pengajian disediakan dan disusun dengan sempurna.
5. Tidur awal pada malam sebelum temuduga, xder la esok bangun tengok cermin dapat mata panda pulak.

ni contoh pakaian untuk lelaki yang sesuai ketika temuduga

#kredit dr http://www.myhealth.gov.my/

Pakaian (Lelaki)
~Pakaian mestilah kemas dan bersih. Elakkan memakai t-shirt atau baju batik.
~Warna pakaian hendaklah tidak terlalu gelap (contoh: hitam dan merah biru gelap dan sebagainya). Pakai pakaian yang berwarna lembut dan tidak berwarna-warni.
~Memakai seluar warna gelap. Seluar hendaklah daripada jenis ‘slack’ dan jangan sekali-kali memakai jeans.
~Memakai tali pinggang.
~Sekiranya jawatan yang dipohon merupakan jawatan berstatus profesional, calon disarankan untuk memakai tali leher dan tanda nama (jika ada).
~Memakai kasut kulit, elakkan hadir dengan memakai selipar atau sandal.
~Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak berwarna. Sekiranya calon menyimpan janggut dan misai, ia hendaklah dipotong rapi dan tidak nampak berserabut.
~Memakai pewangi badan, tetapi tidak terlalu banyak.


#kredit dr http://www.myhealth.gov.my/

Pakaian (Perempuan)
~Memakai pakaian yang kemas dan tidak terlalu menjolok mata.
~Pemilihan warna baju dan tudung haruslah daripada jenis lembut, tidak gelap atau terlalu terang.
~Sekiranya calon ingin memakai skirt, ia hendaklah skirt yang labuh dan tidak terlalu pendek.
~Memakai kasut kulit bertutup penuh dan berstokin.


Ini antara yang paling penting 

Pastikan korang datang awal ke tempat temuduga.
Ketuk pintu dengan perlahan sebelum masuk bilik panel temuduga.
Bila dah masuk silalah tunjukkan reaksi wajah yang tenang.
Mengucapkan Salam / Selamat Pagi kepada penemuduga
Korang jangan sesekali duduk (walaupun disediakan kerusi) selagi panel temuduga tak minta korang duduk ya.. ingat tu..
Menyerahkan dokumen apabila diminta.
Membuat hubungan mata ‘eye contact’ dengan panel dengan kadar yang berpatutan terutamanya semasa berinteraksi.
Setiap kali jawab soalan kena senyum walau sikit ya, jangan masam mencuka pulak..
Posisi badan dalam keadaan tegak, kaki jangan disilangkan. Sila rapatkan kedua2 kaki anda okay.
Relax broder..relaxx...bercakap dengan nada yang jelas, boleh didengari dan tidak terlalu laju atau perlahan.
Tunjukkan keyakinan korang setiapkali menjawab soalan. 
Penting !! jangan cakap korang "tak tahu" jika memang dah betul2 xtau sangat, korang jawab je la apa2 yang logik sebab panel penemuduga hendak lihat korang bercakap. Jika setiap kali soalan mesti perlu jawapan & panel nak lihat korang yakin dengan jawapan walaupun korang tak pasti jawapan korang tu betul ke tak.
Mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga.

itu je yang aku leh bantu, kalau x cukup lagi..rerajinkan diri google ya.. ramai otai2 bagus yang leh bagi info & pengalaman jorang.

All d best ya kengkawan..Good Luck !!

Adjustable Cake Ring Murah (Acuan kek boleh laras)


Acuan Kek boleh laras / acuan kek mousse

Bahan: keluli tahan karat
Saiz: 160mm - 280mm (diameter), 8.5cm (Tinggi)
Sesuai untuk kek / kek mousse dan roti.

Sediakan acuan:
Acuan kek boleh diselaraskan mengikut kesesuaian. Gunakan sekeping kerajang aluminium untuk menutup dengan ketat bahagian bawah acuan. Letakkan acuan di atas dulang pembakar dan tuangkan adunan kek / roti.

Berat Acuan : 360g


RM28.00
(postage RM9 sm @ RM15 ss)

Whatsapp/SMS 013 3119 007

Spiral Slicer Murah (Penghiris Sayur berlingkar cantik)



Terdapat dua pilihan hirisan untuk saiz lingkaran: 2 x 3mm dan 3.5 x 5mm. 
Dengan penghiris Spiral anda boleh menambah sentuhan gaya restoran unik untuk pasta dan sayur-sayuran kacau-frys (kacau-kentang goreng), atau menambah hiasan hiasan dengan mana-mana hidangan. The Spiral penghiris diperbuat daripada plastik tahan lama dan tahan karat-keluli dan selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
160g

CARA GUNA
Brieftons spiral slicer in use



RM15.00
(postage RM6 sm @ RM10 ss)

Whatsapp/SMS 013 3119 007

Macarons Decoration Set Murah


Membuat macarons semudah 1,2,3
Dulang penaik diperbuat daripada silikon dan gentian kaca
235g


RM22.00
(postage RM10 sm @ RM16 ss)


Whatsapp/SMS 013 3119 007

Tortaszeletelo 12 Inch Murah


Tortaszeletelo 12 Inchi

Pembahagi pemotong bahagian kek. 
Menghasilkan potongan yang kemas dan teliti 

Pelarasan 9 "- 12" 
Keluli tahan karat
435g



RM30.00
(postage RM9 sm @ RM15 ss)

Whatsapp/SMS 013 3119 007

Clip N Store Spice Holder Murah



Ruang penyimpanan rempah ratus korang kat dapur tu lebih tersusun jer cantik & kemas...


Clip N Store Spice Holder
155g

RM15.00
(POSTAGE RM9 SM @ RM15 SS)


WHATSAPP / SMS 013 3119 007

Reseal N Save Sealing Machine Murah



Resael N Save Sealing Machine

* Sesuai untuk semua beg makanan kegemaran anda untuk kerepek, pasta, nasi dan banyak lagi!
* Ideal untuk dapur, pejabat, bengkel, perkhemahan, perjalanan dan berkebun
* Menghalang serangga menyerang makanan anda !
* Ia kedap udara - makanan kekal segar!
* Memerlukan bateri AA 6x

* Tekan ke bawah di bahagian atas reseal dan simpan dan tahan selama 3 saat, bergantung kepada ketebalan beg plastik atau tenaga dalam bateri anda, anda perlu memegang bahagian atas ke bawah dengan kukuh ke atas beg sekurang-kurangnya 3 hingga 7 saat.

* Saiz: 235x67x30mm

RM24.00
(POSTAGE RM6 SM @ RM9 SS)

WHATSAPP / SMS 013 3119 007


Frosting Deco Pen Murah



RM35.00
(POSTAGE RM9 SM @ RM15 SS)

WHATSAPP / SMS 013 3119 007

Speedy Slicer Murah

Biarkan gambar berbicara... ;-)


RM18.00
(POSTAGE RM6 SM @ RM9 SS)


WHATSAPP / SMS 013 3119 007

Tortilla Pan Murah


Siapa yang tak suka makan lempeng a.k.a pancake bak kata omputih.. sedap ooo.. dapat pulak cicah dengan sambil tumis ikan bilis di sulam air kopi panas...perrrhhh, 

Ada yang suka masak pancake tepek jer atas kuali leper... ada yang jenis kemas je pancake nya ala2 sempurna gaya chef hotel gitu.
Tortilla Pan ni akan buatkan pancake korang tu cantik jer bolat bolat. Simply tuang ja aduan dalam pan tu, dah siap boleh hias bagi comey2 anak2 pun suka.. 


RM30.00
(POSTAGE RM15 SM @ RM21 SS)


WHATSAPP / SMS 013 3119 007

3 Layer Kitchen Storage Rack Murah


RAK PENYIMPANAN 3 TINGKAT PELBAGAI GUNA

Bahan: PP (plastik keras tahan lama) 
Ruang penjimatan dan pelbagai guna, boleh diletakkan di dapur, pejabat, bilik mandi, bilik bacaan, bilik lukisan dan lain-lain ruang.
Ada pemegang dan roda. 

Boleh digunakan sepenuhnya di ruang antara kabinet dan peti sejuk, di antara mesin basuh dan sinki, antara sofa dan dinding, di antara katil dan meja sisi katil, dan mana-mana ruang yang lain samaada di rumah atau di pejabat. 

Rak penyimpanan yang boleh digunakan untuk menyusun dan menyimpan semua jenis barang-barang kecil, seperti botol, balang, bahan perasa, kosmetik, makanan ringan dan lain-lain.

Ia dibina dalam reka bentuk roda yang boleh ditanggalkan.
Setiap rak boleh ditanggalkan dan mudah dibersihkan.


INI ANTARA RUANG2 YANG BOLEH DIGUNAKAN


PLASTIK KERAS TAHAN LAMA




RAK BOLEH DITANGGALKAN DAN DISAMBUNG MENGIKUT KESESUAIAN



SAIZ 3 LAYER

HARGA ISTIMEWA MURAH NAK BAGI

RM44.00
(POSTAGE RM15 SM @ RM25 SS)

WHATSAPP / SMS 013 3119 007


Donut Maker Dispenser

Biarkan gambar berbicara.....


Donut bulat cantik jer bila guna Donut Maker ni..



RM10.00
(POSTAGE RM9 SM @ RM15 SS)

WHATSAPP / SMS 013 3119 007






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH