Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Jumaat, 22 Mei 2015

Kuih Donut Sedap Gebu

Malam tadi tido boleh pulak termimpi kuih donut, bangun pagi jer dok terbayang2 kalaulah pagi ni dapat makan kuih donut yang lembut gebu2 gitu...

Siap sampai opis cam biasa terkedek2 dengan kengkawan opis g cari sarapan sambil2 tu mata ni pun dok la meliar kot2 ada yang jual donut, ermmm xdaaa...
haiii mengidam pulak mengalahkan orang preknen !!

Apalagi, kita gunakan kuasa google, cari2 jumpa 1 blog ni... dari gambar yang dikongsi oleh owner blog & dari pengamatan mata kita yang hebat ni la kan.. donut2nya cam best jer nampak gebuuuuu 
...so kita pun hambiklah resepi donutnya nak cuba petang nanti nak buat pulak harap2nya menjadi ler kan...huhu

ni resepi nya kengkawan :

2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)
3 cawan tepung gandum

cara-caranya:
1. cairkan mentega & letak tepi dulu (boleh guna microwave cairkan)
2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar
3. masukkan susu pekat & kacau sebati
4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 
5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi 
6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2..masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati 
7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)
8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu 
9. biarkan selama 45 minit
10. lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitu..da boleh bentukkan donut...takda acuan pun takpa..ikut kita nak bulat2kan ke nak jadikan dia bentuk donut jugak ke...terpulang^^
(guna tepung kat tangan if doh melekat2) 

*rehatkan doh sekejap baru mula goreng 
*masa goreng pulak kena sentiasa balik2 kan donut untuk dapat colour yang cantik..makesure api kecik
*sejukkan donut dulu baru salut dengan gula


SELAMAT MENCOOOBAAA

korang boleh terus g blog nanakimie kalau nak tau lebeh lanjut
#kredit pada blog http://nanakimie.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH