Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Isnin, 25 Mei 2015

Terung goreng cili api kicap

Balik dari opis lagi memang dah decide nak masak ringkas2 ja tapi pedas... biasa la aku laki bini memang makan pedas ja... tak pedas tak lalu makan.. hahaha gitu orang melayu... 
 Bukak peti ais tengok2 ada terung, so aku rasa keje masak kilat paling cepat ialah
TERUNG GORENG CILI API KICAP

Disebabkan nak cepat sangat tak teringat pulak aku nak hambik gambar bahan2nya. Gambar dah siap je aku sempat amik.. so aku google jer untuk korang bahan2nya ya..(jangan silap sayur pulak ya bila g pasar tu tau...nak beli terung korang g beli carrot pulak, aku dah bagi gambar tu .. hehehhheh)


Bahan-bahannya :

4 BIJI TERUNG 
(aku guna terung kontot2 je, gambar ni terung panjang. ikut suka korang la nak terung jenis apapun)

2 BIJI CILI MERAH

10 BIJI CILI PADI
(kurangkan cili jika tak nak pedas)


1 BIJI BAWANG BESAR

2 SUDU BESAR KICAP PEKAT 
(ni kicap feveret aku, korang leh guna kicap apa2 brand pun)

SEDIKIT IKAN BILIS 
Image result for ikan bilis

SECUBIT BELACAN

SEDIKIT MINYAK MASAK UTK MENUMIS


Cara-caranya :
1. Terung dipotong kecil (1-2inci)
2. Bawang besar bahagi dua. Separuh utk dimesin, separuh lagi dipotong/hiris halus.
3. Mesin cili merah, cili api, belacan & bawang separuh.
4. Goreng ikan bilis hingga garing (ketepikan)
5. Tumis Bawang besar yang telah dihiris tadi sebentar kemudian masukkan terung.
6. Masukkan bahan mesin dan kicap. Tumis hingga separa kering masukkan sedikit sahaja garam dan gula ikut rasa.
7. Tumisan dah hampir kering boleh lah masukkan ikan bilis yang telah digoreng td.
8. Kacau sekejap, pastu dah siapppp...angkat dan hidangkan.

tadaaaaaaaaaaa...... pedas terangkat !!


Cukup untuk 2-3 orang dewasa.. 
Tapi aku kuat melantak, setakat banyak ni aku pun leh abiskan..huhuu

Okay kengkawan, try la yea.. simple jer. Ada masa kongsi la resepi dengan kita ya..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH