Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Jumaat, 19 Jun 2015

Bercuti di Agrotek Garden Resort - Part I

Musim cuti sekolah baru-baru ni, kami tak plan nak jenjalan kemana-mana, yelah my mr. sado kan ada partime futher study, hari2 kot kelas nya. anak aku pulak yang si abang long tu asyik tanya "tak da pegi jalan mana-mana ke ibu? " adoiii sedey pulak ati ibu ni...
Okay aku panjangkan bunyi-bunyi anak aku tu ke telinga Ayahnya...
Yesss... green light !! Hujung minggu, minggu terakhir cuti sekolah kami bawak anak-anak g holiday kat Agrotek Garden Resort... aku la yang pilih tempat ni, tak mo g jauh-jauh, bawah 50kilo jer dari shah alam...jejauh nanti penat badan...hheheehh sebenarnya sekarang budget tengah low ni.

Aku apa lagi sepantas kilat mem'booking' bilik kat agrotek garden resort. aku call jer pastu senang bagi nama & no. telefon, tak payah bayar-bayar deposit pun bila nak book bilik. Aku book bilik "Garden Superior" aku pilih bilik yang ada aircond RM175/malam belum termasuk GST 6%.

 so sekarang bermula la kerja2 mem'packing' pakaian anak2. Aku show pakaian anak2 jer... 

Kami check in 2 hari 1 malam jer... tapi kalau bab mem'packing' baju anak2, aku akan extra kan. Biasa la budak2 pakai bukan cermat, asyik nak tukar baju jaa, tumpah susu, makanan la, ter'oo..ork' dalam seluar la...haii macam2.
Okay siap dah susun baju Abang Long, Abang Ngah & little baby Tasneem.
Bawak swimming suit jorang jugak...haaa tengok tu comey kan swimming suit Tasneem..Hello Kitty lagi U.
ko hadoo?

meh layan........

Sambil lipat baju2, aku ditemani buahati pengarang jantung. depa bukan tau seronak nak g holiday pun, aku jer yang terlebih excited.

Sebelum tu aku nak kongsi sikit tips aku lipat baju untuk disusun dalam beg. Cara lipat gulung ni dapat jimatkan ruang dalam beg dan boleh susun pakaian yang banyak dalam ruang yang kecik.

Ini contoh sebelum

lepas tu gulung baju cam ni

Aku pakai beg tarik ala-ala beg sekolah tu, beg tu takda la besar mana (lupa nak amik pic).
Aku susun cam susun batu bata seperti dalam gambar. cer korang buat menjadi tak, pakaian 3 orang anak aku sumbat dalam 1 beg ni jer..setellll

Kami check in lambat sebab belah pagi hingga pukul 3 lebeh camtu kami ada majlis aqiqah kat rumah cousin di denai alam. So dalam kul 5 petang baru kami sampai sana.

Bagus betul la zaman moden ni kan? nak g mana2 pun senang sekarang kan, kita guna GPS jer. Aku touch jer screen ni, type jer lokasi nak pegi tu, terus jer keluar arah jalan cam kat gambar atas tu.

Meh sini aku bagi klu sikit cara nak ke sana, moga dapatlah bantu sikit sebanyak yang mana nak g holiday ke sana nanti.
Kami bergerak dari Shah Alam..
Ini tol Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ya, kadar tol RM1.10 bagi kenderaan kelas 1.

Lepas masuk tol batu 3, terus jer hingga lah korang jumpa signboard belah kiri ke Lebuhraya NPE. Mantain kenderaan korang belah kiri.

Follow susur keluar belah kiri. nanti korang naik fly-over, terus jer pastu akan lalu depan taman Dato Harun, nanti nampak jugak belah kiri korang laluan keretapi.

Dalam 3 ke 4 kilo ke depan, korang akan jumpa Tol Pantai Dalam ni. 
Kadar tol RM1.60 bagi kenderaan kelas 1.

Lepas tol Pantai Dalam tadi, akan ada kekeliruan sikit nak ikut arah laluan yang mana, aku xsempat pulak nak snap gambar signboard. Korang bawak slow sikit, pastu ikut arah aku ni, korang akan nampak bangunan yang kat atas tu belah kiri..kalau nak senang, follow jer mana yang ada signboard arah ke kajang/cheras/ampang.

Follow arah ke Ampang belah kiri tu & akan lalu ikut Lebuhraya Cheras-Kajang

Nanti akan jumpa Plaza Tol Batu 9. Kadar Tol RM1.00 bagi kenderaan kelas 1.
Lepas tol sila ke arah kiri.

Sila sengetkan stering kete korang ikut arah ke kiri ya... follow signboard ke arah Pekan Batu 9.
Lepas tu, terus jer...

Okay kita dah sampai pekan.. sila lah teruskan perjalanan ya..sorry lar aku xsempat nak snap gambar, anak2 kacau dah excited nak sampai..korang rajin-rajinkan mata ya tengok belah kiri signboard agrotek garden resort pulak..

~okay la kita sambung cerita esok ya~
SELAMAT BERBUKA PUASA

Khamis, 11 Jun 2015

Hidup ini janganlah terlalu berkira

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi nafas lagi hari ini.. Syukur pada Mu Ya Allah, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara, kita gunakan lah semua nikmat Allah untuk mendapat keredhaan Nya. Allah beri kita rezeki dalam apa jua bentuk.
Rezeki Harta / Kewangan
Rezeki Anak
Rezeki Kasih Sayang
Rezeki Jodoh
Rezeki Ilmu
dan pelbagai lagi rezeki yang kita tak nampak.

Allah tak pernah berkira-kira dengan kita, tapi kita seringkali hidup dalam berkira-kira !!
Mungkin kita tidak berkira-kira dengan Allah, tapi kita berkira dengan rakan2, saudara mara, ibu bapa, adik beradik mahupun sesiapa sahaja yang tiada ikatan dengan kita.
Allah beri kita rezeki2 di atas tadi untuk kita kongsi bersama-sama semua.
Korang biasa tak jumpa atau mengalami sendiri perkara-perkara seperti di bawah :

Orang yang terlalu berkira bila di ajak keluar makan/minum kerana takut dia kena belanja.
Kau yang ajak, kau lah yang belanja (haaa..ni la yang biasa sebenarnya berlaku)

Takut bazir minyak kereta (alaa bukannya nak g makan jauh2 sampai berpuluh kilometer) tak luak banyak pun laahaiii.. bukan hari2 pun

Takut nanti balik opis tak dapat ruang parking (jika niat kita tu ikhlas, Allah pasti akan permudahkan)

Orang berbudi kita berbahasa (asyik si A jer belanja, mereka pulak buat derkkk jer) bukan tak ikhlas, ..ikhlas tapi bagaimana caranya nak ajar mereka ni maksud "setiap gaji @ rezeki yang Allah berikan pada kita, tanpa kita sedar ia adalah milik orang lain juga"

Bila si ABCD bawa sesuatu untuk dikongsi bersama-sama, orang2 itu lah yang pertama terpacak dulu, ambil pulak tu tak ingat orang belakang.

Bila Si E ajak kenduri nak bagi makan free lagi tu itupun masih berkira-kira nak datang ke tak (yelahhh nak gerak pun pakai duit /minyak kan... haa bagus lah pikir camtu, orang yang tak pikir panjang memang gitu, nanti kenduri ko pulak tak ada sapa nak datang - alaa orang camni apa heran orang datang ke tak kan? pastu bagi alasan tak munasah sebab tak dapat datang)

Kedekut nak kongsi ilmu (ni pun perkara biasa, tak nak orang lain lebih kedepan dari dia)

Nak bagi ke tak nak bagi nak bagi ke tak nak bagi (singgit dua tak luak pun gaji apabila kita bersedekah)

Jangan lah kita berkira-kira dalam segala hal. Tapi ada ketikanya kita juga berkira apabila keadaan ketika itu tidak mengizinkan.. jadi tak salah kamu berterus terang agar tiada yang bercakap tepi kain.. 

Kalau kita berkira-kira dalam buat amal kebaikan, takut Allah pula berkira-kira dgn kita : Tak dapat bayangkan sekiranya Allah berkira-kira dengan kita...
Contohnya, Allah tak bagi kita nikmat kesihatan, Allah tak beri kita zuriat, Allah tak beri kesenangan dan ketenangan dan macam2 lagi lah
Segala pelusuk dalam dunia ni milik Allah, kita tiada hak apa2 !!

Sedarlah diri..matangkan diri..pandang ke belakang semula apa yang kamu terlupa, apa yang kamu tertinggal, apa yang kamu abaikan, apa yang kamu tidak herankan. Aku tidak hebat seperti kamu, apa yang aku coretkan ini peringatan untuk diri aku yang sering juga alpa dan leka...
peliharalah aku & keluargaku, Ya Allah...



#terasa ke? Cam kena batang hidung jer...
"Tepuk dada..tanya hati"
Jangan bohong..
Allah Maha Mengetahui

~peace yoo~
Assalam



Selasa, 9 Jun 2015

Twin Stroller untuk dijual murah

Stroller untuk dijual.

Kelebihan stroller ini bukan sahaja untuk anak kembar, anak2 yang tidak sama umur pun boleh guna tau.
Stroller ini kerusi depan belakang, bukan kiri kanan ya..so takda lah mengganggu laluan orang dan kalau g shopping2 tu senang masuk lif tak kacau orang lain...

Kerusi belakang boleh baring, juga sesuai untuk bayi. Kerusi depan duduk sahaja.
Material Body Stroller tahan lama & boleh tahan hingga berat maksima kanak2 menjangkau 11-13kg.
Ni preluv ya...
Brand Goodbaby
Kondisi stroller masih elok seperti baru.
Stroller disimpan secara lipat payung.

cash on delivery dekat seksyen 16 shah alam selangor
nak pos pun bole.

Kedua-dua seat ada awning

Awning boleh tanggal

Seat belakang boleh baring


BERMINAT SILA WHATSAPP
013 3119 007

#harga baru pasaran RM1K ++
#harga pass diskaun maybe dapat dalam RM800-RM950

#harga aku nak let go ni Murah weiii tak dapat kat tempat lain..
BERMINAT SILA WHATSAPP
013 3119 007



Ramadhan datang lagi.. Jom buat kuih rayaaaaaa

Last aku buat kuih raya rasanya 3 ke 4 tahun lepas...lepas tu tak ada kesempatan nak buat, yelah dah beranak kecik..depa dok kacau kat dapur tak dan nak berperang dengan tepung.

Tahun ini punya azam nak buat kuih raya, abang long nak tolong gak katanya. Abang long memang rajin tolong2 kat dapur. Zaman moden ni memang anak2 lelaki rajin ke dapur yerk ??
Abang long dah decide jenis kuih apa dia nak, tapi tu la cam biasa..semua kuihnya ada bunyi 'cokelat...cokelat..cokelat' aduiiii pening kpale ibu, so kita putuskan kuih muih tahun ni bertemakan cokelat !!
ROSAK GIGI...ROSAK GIGI... dah la gigi aku cantek, tak cayer cer tengok ni la gigi aku..;-)
kannn cantek kannnn....

Korang tu nak buat kuih, kek ke yang comel2..nak cari tempat hias kek ke... alat2 yang memudahkan kerja2 korang kat dapur tu..cer klik klik link bawah tu. kalau ada yang berkenan meh habaq mai. Jual murah2 ja, jadilah buat tabung nak bayar tempah baju raya..hahahakkk

Klik-klik sini 











Isnin, 8 Jun 2015

Happy Birthday Si Bucuk Ibu

8 Jun 2015
Abang Long turns six !!
Ibu, Ayah, Abang Ngah & Tasneem Sayang Abang Long ketat2 !!
SELAMAT HARI JADI SAYANG IBU

Ini lah si bucuk sulong ku
Ahmad Thaqif Zahran
hari ni besday dia, dah besar anak ibu. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah dah..
Moga anak ibu jadi anak yang soleh, dengar kata, hormat orang tua, diterangkan hati, cekap amanah, berjaya di dunia & di akhirat.

Kami semua sayang abg long.



Rabu, 3 Jun 2015

Breastpump Eve Love Kawen Spectra ?

Lepas bersalin anak no.3, aku beli set breastpump brand Eve Love kat "PumpOn
TheGo" di kelana jaya. Sepanjang aku guna eve love memang aku puashati dengan suction nya...cumanya banyak part yang kena cuci bila lepas guna.
Sebelum ni aku guna Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump, tapi apakan daya hayatnya tak lama. Ni gambar apa yang aku dapat as free gifts masa beli set pump eve love dulu.. dapat cooler bag, 4 botol susu, ice pack tu...okay la kan set ni harganya RM2++.00 (sorry aku type ++ sebab tak ingat berapa yang ++ tu)

Nak tau harga set ni korang boleh klik sini www.pumponthego.com
aku puashati shopping kat situ, servis layanan memang
 Image result for icon thumb up
Korang nak try semua breastpump macam gambar kat bawah ni pun boleh, ada bilik khas disediakan dan pastinya staff sana sangat membantu.



-Breastpump Eve Love Kawen Spectra-
 awatnya aku type tajuk entri lagu tu?

Haa begeni ceritanya.. ada sehari tu aku tertinggal eve love breast shield @pun lebih kurang bahasa melayunya pelindung payudara (corong sedutan tuuuu) masa kat opis. so aku pun pinjam ler kawan opis punya corong tu kebetulan dia pun masih menyusukan anak lagi.. tapi yang jadi masalahnya, breastpump dia brand spectra. Aku saja ja tak mau pinjam pump dia, aku pinjam corong tu ja..mana la tau kot kot leh mix n match kot dengan pump eve love... aku pun try la.. alih2 bole la masuk. korang tengok gambar kat bawah ni... yang tu corong spectra aku kawen kan dia dengan tiub terus ke pump eve love..hahaha.. menjadi pulak..bagus la corong ni..best pulak aku guna.. bila guna camni suction agak kuat sikit dari biasa, maybe tiub sedutan direct (ntah camna aku nak explain, korang tengok la sendiri gambar tu) 
aku pump 5 minit dah dapat 5oz.. alhamdulillah.


Ini gambar yang aku kawenkan eve love & corong spectra tu, aku tak guna pelapik getah kat corong tu..ok jer aku guna tak sakit pun.

Ini gambar aku guna totally set eve love... haaa nampak kan perbezaan tiub sedutan tu perlu melalui ruang lain ada getah dalam tu.. sebab tu suctionnya lembut ja di tambah pula pelapik getah di corong shield..kita punyer nipple pun tak sakit. korang yang suka suction lembut..memang aku recommend beli eve love ni. Ini set single ya, korang yang jenis kejar masa & ada lebih duit boleh la beli yang set double punyer.

Sehari tu jer aku pinjam kawan punyer, seminggu lepas tu aku dah beli aku punyer sendiri, tak der pinjam2 dah...hihii. 
Aku beli kat dekat www.onebabyworld.com sebab dekat dengan opis aku.

Hingga saat ini, aku dah selesa gunakan corong spectra tu + eve love pump. Lepas guna nak cuci pun senang la sangat sebab part pun tak banyak.

ni la breast shield spectra yang aku guna

Okay lah... tu aje nak bagitau.. tetiba otak dah tak function nak cerita apa lagi ntah..banyak kojer lagi nak buat. Sekian, Tamat, Noktah
Tata 
;-p.

~ I Love Breastfeeding ~





Isnin, 1 Jun 2015

Bihun Goreng Daging Caraku

Rutin seperti biasa aku bila hujung minggu memasak ler.. start dari makan pagi hingga la malam..sebab my mr.sado & anak2 lebih suka makan makanan aku masak sendiri.. Tapi, korang jangan budget aku ni rajin jer memasak, kadang2 tu pemalas gak masak..sesekali tak salah kan kita tapauuu jer kat kedai.

Ni aku nak kongsi cara aku buat bihun goreng.. ini cara aku masak la..pakai belasah jer janji sedap. Masing2 ada cara masing2 kan??.. so, apa yang ada dalam peti ais tu jer aku belasah dalam kuali.. 

Bahannya :
BAHAN A
1/2 bungkus bihun 
2 1/2 biji bawang besar
4@5 biji bawang putih
sedikit ikan bilis
1cm belacan
sedikit udang kering
5@7 biji cili kering
5 biji cili api
1 biji cili merah
# sila kurangkan cili jika tak mau pedas ya

BAHAN B
Daging siap potong dalam segenggam
2 biji telur ayam
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sayur sawi
Minyak untuk menumis

BAHAN HIASAN
Daun bawang
bawang goreng


Semua bahan A ni perlu dikisar halus ya...pastu simpan ketepi jab.

Okay jom kita mula masak..

Mula2 panas 2 sudu minyak dalam kuali, kita goreng 2biji telur siap basuh tauu

cenggini rupanya ya.. kacau2 cam nak buat telur hancur tu (tak payah bubuh garam tau!)

Bila dah siap sila ketepikan sebentar 

Proses menumis, pakai dalam 4-6 sudu besar minyak (ikut kesuaian korang)
Daging ni balance aku rebus untuk buat sup semalam, aku pakai dalam segenggam. korang hiris siap2 dulu..

.
Tumis Daging + Bahan A + Sos Cili & Sos Tomato hingga pecah minyak. Bubuh garam + gula secukup rasa


Masukkan bihun yang dah siap celur termasuk sayur sawi juga... pastu kacau berhati2 supaya bihun tidak hancur & tidak banyak putus.


Bila bihun dah sebati dengan bahan tumisan, boleh lah korang masukkan telur hancur tadi. Gaul sebati dalam 5 minit.


pastuuuu... ookayyyyyy siap...leh ler angkat dan hiaskan bersama daun bawang + bawang goreng..
ermmm cedappp. Bismillah












Nose Up Murah !!

Borong Nose Up serendah RM3.00 sahaja.
Baca hingga abis dulu... 

Hidung Kemek ? Leper ? Tidak Mancung ? Mancungkan hidung anda dengan "Nose Up" dalam 2 minggu DIJAMIN BERKESAN!

Nose Up adalah Produk Terlaris Di Jepun. Alat Ini khusus dibuat untuk hidung Anda untuk menghasilkan kesan yang rata dari tulang hidung Anda sampai cuping hidung yang melebar.

Nose Up cukup selesa untuk dipakai dan tidak akan mengganggu sistem pernafasan Anda.

- Mudah digunakan dan tidak sakit.
- Design Jepun
- Mudah dipakai untuk mempertajam dan meninggikan hidung anda
- Menjadikan hidung anda tambah cantik
- Anti bakteri dan lapisan lembut sehingga tidak menyakiti kulit anda
- Mudah dibersihkan dengan kain bersih atau dengan air sabun lalu dicuci hingga bersih untuk menghilangkan minyak dari hidung kita yang terlekat di nose up clipper

Cara Penggunaan :
- Gunakan 10-15 minit setiap hari, dan lihat perubahannya dalam 1-2 minggu.
- Dipakai diatas cuping, tepat digaris hidung untuk menaikkan hidung.
- Untuk hasil kekal gunakan setiap hari selama 3-6 bulan dan lihatlah perubahan kekal pada hidung Anda




Antara soalan2 yang sering ditanya pelanggan : 

Soalan 1 : Berapa lama guna nose up dan kalau dah berhenti masih mancung lagi ke ?

Jawapanya anda boleh menggunakan selama 10-15 minit setiap hari sudah memadai,.penggunaan hendaklah berterusan sehingga anda mendapatkan hidung yg diingini,..setelah mendapatkan bentuk hidung yg diingini,.anda tidak perlu memakainya lagi,

Soalan 2 : Benda ni boleh pakai buang ke ?

Tidak,.satu unit nose up untuk seorang pengguna,.tidak digalakkan berkongsi, kerana pada kulit/hidung manusia terdapat pelbagai mikrob/bakteria,.jika berkongsi bimbang akan berlaku jangkitan..

Soalan 3 : Ada kesan sampingan tak ?

Tiada kesan smpingan jika cara pemakaian yg betul...ramai pengguna yg kurang faham ttg cara pemakaian..cara pemakaian hanya ialah :

-Regangkan Klip nose up sehingga ia selesa dgn hidung anda
-Kepit pada batang hidung shj
-elakkan kepit pada keseluruhan hidung,kerana ia akan mengganggu pernafasan anda
-Pakai sebaiknya ketika berada dirumah, masa lapang atau sewaktu hendak tidur pada malam hari.

Soalan 4 : Benda ni haram x ? bukan ke salah ubah ciptaan Allah ?

Ia hanya sekadar alat shj,.ia tidak mengubah ciptaan Allah,malah ia membantu meningkatkan keterampilan diri agar lebih yakin,..Bukan seperti anda membuat pembedahan itu merupakan 100% mengubah ciptaan Allah,

Sebagai contoh,anda buat latihan otot lengan(ibarat hidung anda) di gym menggunakan Dumbell(Nose up),..lama kelamaan otot lengan anda(hidung) akan lebih besar,..hidung juga lebih cantik..begitu lah contoh yg ringkas yg anda perlu tahu..

Joommm Beli... Stok banyakkkkkk

Harga Terbaik buat korang :
1 pcs : RM15.00
10 pcs : RM9.00/pcs
20 pcs : RM4.00/pcs
100 pcs : RM3.00/pcs

Semua harga free pos semenanjung. 
postage sabah sarawak sila PM.

ORDER : 
WHATSAPP / SMS ONLY
013 3119 007

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH