Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Khamis, 11 Jun 2015

Hidup ini janganlah terlalu berkira

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi nafas lagi hari ini.. Syukur pada Mu Ya Allah, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara, kita gunakan lah semua nikmat Allah untuk mendapat keredhaan Nya. Allah beri kita rezeki dalam apa jua bentuk.
Rezeki Harta / Kewangan
Rezeki Anak
Rezeki Kasih Sayang
Rezeki Jodoh
Rezeki Ilmu
dan pelbagai lagi rezeki yang kita tak nampak.

Allah tak pernah berkira-kira dengan kita, tapi kita seringkali hidup dalam berkira-kira !!
Mungkin kita tidak berkira-kira dengan Allah, tapi kita berkira dengan rakan2, saudara mara, ibu bapa, adik beradik mahupun sesiapa sahaja yang tiada ikatan dengan kita.
Allah beri kita rezeki2 di atas tadi untuk kita kongsi bersama-sama semua.
Korang biasa tak jumpa atau mengalami sendiri perkara-perkara seperti di bawah :

Orang yang terlalu berkira bila di ajak keluar makan/minum kerana takut dia kena belanja.
Kau yang ajak, kau lah yang belanja (haaa..ni la yang biasa sebenarnya berlaku)

Takut bazir minyak kereta (alaa bukannya nak g makan jauh2 sampai berpuluh kilometer) tak luak banyak pun laahaiii.. bukan hari2 pun

Takut nanti balik opis tak dapat ruang parking (jika niat kita tu ikhlas, Allah pasti akan permudahkan)

Orang berbudi kita berbahasa (asyik si A jer belanja, mereka pulak buat derkkk jer) bukan tak ikhlas, ..ikhlas tapi bagaimana caranya nak ajar mereka ni maksud "setiap gaji @ rezeki yang Allah berikan pada kita, tanpa kita sedar ia adalah milik orang lain juga"

Bila si ABCD bawa sesuatu untuk dikongsi bersama-sama, orang2 itu lah yang pertama terpacak dulu, ambil pulak tu tak ingat orang belakang.

Bila Si E ajak kenduri nak bagi makan free lagi tu itupun masih berkira-kira nak datang ke tak (yelahhh nak gerak pun pakai duit /minyak kan... haa bagus lah pikir camtu, orang yang tak pikir panjang memang gitu, nanti kenduri ko pulak tak ada sapa nak datang - alaa orang camni apa heran orang datang ke tak kan? pastu bagi alasan tak munasah sebab tak dapat datang)

Kedekut nak kongsi ilmu (ni pun perkara biasa, tak nak orang lain lebih kedepan dari dia)

Nak bagi ke tak nak bagi nak bagi ke tak nak bagi (singgit dua tak luak pun gaji apabila kita bersedekah)

Jangan lah kita berkira-kira dalam segala hal. Tapi ada ketikanya kita juga berkira apabila keadaan ketika itu tidak mengizinkan.. jadi tak salah kamu berterus terang agar tiada yang bercakap tepi kain.. 

Kalau kita berkira-kira dalam buat amal kebaikan, takut Allah pula berkira-kira dgn kita : Tak dapat bayangkan sekiranya Allah berkira-kira dengan kita...
Contohnya, Allah tak bagi kita nikmat kesihatan, Allah tak beri kita zuriat, Allah tak beri kesenangan dan ketenangan dan macam2 lagi lah
Segala pelusuk dalam dunia ni milik Allah, kita tiada hak apa2 !!

Sedarlah diri..matangkan diri..pandang ke belakang semula apa yang kamu terlupa, apa yang kamu tertinggal, apa yang kamu abaikan, apa yang kamu tidak herankan. Aku tidak hebat seperti kamu, apa yang aku coretkan ini peringatan untuk diri aku yang sering juga alpa dan leka...
peliharalah aku & keluargaku, Ya Allah...



#terasa ke? Cam kena batang hidung jer...
"Tepuk dada..tanya hati"
Jangan bohong..
Allah Maha Mengetahui

~peace yoo~
Assalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH