Mengenai Saya

Foto saya
Aku ni biasa2 je, aku seorang Isteri, Ibu kepada 2 org hero & seorang heroin. Masih bekerja sepenuh masa namun menjalankan jualan online secara kecil2lan untuk meringankan beban suami. Saya sentiasa Jujur & Amanah dalam kerja yang dilakukan. ~ "JANGAN TERPEDAYA DENGAN YANG MAHAL ITU ORIGINAL YANG MURAH ITU TIRUAN" ~ ~ "JANGAN TANYA KENAPA SAYA JUAL MURAH, KERANA JAWAPAN SAYA HANYA 1 *BIAR UNTUNG SIKIT JANJI SEMUA DAPAT MERASA* "~ Waktu Urusniaga : ISNIN-JUMAAT (9am-7pm) SABTU-AHAD (tutup utk waktu keluarga, jk berkesempatan akan jawab PM customer ~ so plz to understand ya.. Terima Kasih menjengah pondok alam maya saya ni. Salam ukhwah... E-mail: cadeecasey@gmail.com Whatsapp: 013-3119007

Cari di sini

Selasa, 28 Julai 2015

Bercuti di Agrotek Garden Resort - Part III


Assalamualaikum readers !!
1st skali nak ucap
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Berhabuk sikit entri ni, lama duduk draf..xpost post jer.. xder kesempatan nak sambung citer ada saja halangan...BZ mengalahkan PM.

dah jom kita sambung citer dari part II. Ada lagi sikit balance2 gambar, jab kita cari tepek sini ya.
Disebabkan tsunami kesibukan yang melanda sekarang, so aku X banyak membebel dalam entri ni ya...

Korang bila lapar-lapar tu leh makan kat restoran dalam resort ni...selesa kat tepi sungai jer

View dari dalam restoran..bagi yang menginap ada disediakan breakfast percuma. Agak2 bila korang lapo time lunch ke dinner ke leh makan jugak kat sini...tapi bayooorr la yer..hihi
Kami tak dinner sini, bagi kami yang agak2 budget vacation ni rasanya cam mahal pulak bila tengok rege nyer... kami dinner kat luar jer..dalam sekilo dua keluar dari resort banyak kedai makan sedap2.



Pemandangan sekitar restoran.


Opsss... sorry la kengkawan... ini gambor buffet ramadhan sepatutnya post sebelum lan puasa ari tu... 
sekarang udah raya laa...
xper la nextime korang leh g buka posa kat sini. Maybe tahun depan xjauh beza rege nya ataupun mungkin sama jaa...
=========================
Ok sudah abis sampai sini cerita cinta kami sekeluarga di Agrotek Garden Resort, kami check out lewat sikit dalam pukul 1ptg. 

Apa yang aku leh rumuskan, Agrotek Garden Resort tempat yang terbaik nak bawa family bercuti, nak lari dari kesibukan kota korang leh datang sini..sejuk ja kat sini.
Cuma bagi aku pihak Agrotek perlu upgrate sikit dari segi keperluan dalam bilik seperti sediakan pemanas air dan peti ais kecil. Jika tak dapat sediakan pemanas air dalam setiap bilik, harapnya dapat sediakan 'on request', iaitu mana2 customer yg memerlukan boleh minta semasa check in. Memang customer boleh mintak air panas percuma ja, tapi tak larat weiii nak turun naik tangga hanya nak g amik air panas. Peti Ais pun penting juga bagi memudahkan ibu2 menyusu yang sentiasa membuat stok susu. 
Komen yang membina bagus untuk bisnes kan?

okayyyy... jom kengkawan singgah sini bawak anak2 mandi sungaiiiiii.

Assalamualaikum.
T.A.M.A.T

Isnin, 6 Julai 2015

Bercuti di Agrotek Garden Resort - Part II

Bercuti di Agrotek Garden Resort - Part I

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ni hari ke 19 berpuasa Ramadhan.Cuaca di shah alam kali ni panas sekali.. okay lah kita sambung entri yang lepas ya, lama dah diperam. Bagi yang terlepas leh follow link ni ~Klik Part I~ 

*sila layannn*


Yeaaayy, kita dah sampai Agrotek Garden Resort...
Ni pintu masuknya. Sila pusingkan stering ke kanan..jangan lupa bagi signal ya..kalau korang terus jer aku tak tau pegi mana tu, tapi aku tengok kat hujung tu cam jalan mati jer. 

Bila dah lalu pintu masuk tadi, korang akan lihat view camni. Kita berada kat tempat tinggi ya, resortnya kat bawah. Jom kita ke bawahhh..jaga-jaga brek kreta ya, bawak slow slow tau.

Sampai dah kita kat bawah. Sebelum kita lalu jambatan kecik tu, korang akan perasan ada genset (generators) belah kanan,..ermm bagi aku cam spoil sikit la pemandangan tapi tak per lah..kita abaikan bab tu hokay.
Parking kenderaan ada disediakan, yang nampak banyak kenderaan kat depan tu...ha kat situ semua leh parking ya. Siap park kreta, jom kita daftar check in.

Opss... !!
Sebelum masuk, sila baca arahan ini dulu... hehehehh
dah baca? okay jom check in


Aku book bilik Garden Superior ada aircond & kipas, tingkat atas sebab aku nak tengok keseluruhan view resort. Bagi yang budget ciput tu leh amik bilik yang lebih murah, tapi memandangkan sekarang musim cuti sekolah, so banyak bilik penuh.

Garden Superior (Aircond)
Tarif Bilik : RM175 +6% GST total RM185.50
Sarapan pagi percuma
deposit RM100 (dipulangkan semasa check out)



Laluan ke bilik kami. Sepanjang laluan ni bau durian jer weiii memang menduga betul lah, dah la lama tak makan durian ni. Nampak tak pokok2 belah kiri tu. Ada beberapa batang pokok durian situ, buah durian pun ada yang dah gugur ke tanah tapi dah tak elok dahh, tu yang bau menyengat jerrr..
Tak tau lah kalau ada mak saleh yang anti durian pastu duduk pulak bilik2 sini abis lah muntah hijau kat depan bilik !! Jangan risau, bau2 ni ada bila tiba musim durian saja ya...

Jenuh naik tangga nak ke bilik weiii... Kalau korang bawa Ibu Ayah ke siapa2 yang sakit kaki ataupun kurang upaya better pilih bilik bahagian bawah ya. 


Ini view dari balkoni bilik kami. Kalau nak view cam ni korang mintak bilik no.GS15 okay.
Redup jer mata memandang..nyaman jer rasa.. betul x? ke aku jer feeling feeling sesorang... hahahhaa..

Peace yooo !!
Nampak tak pokok durian gedabak gedabak sana... pokok durian tengah berbuah tu..

Saiz bilik tak la besar & tak da la kecik sangat. Bole lah. Janji selesa kami anak beranak nak tido.

Toilet agak kecik, tapi bole lah... nak mandi & melabor jer pun, bukan nak tido dalam ni kan.. kan? ..kan?
Tak ada heater tau. Air ceeejuukkkk !!

okay jom kita teman anak2 mandi sungai pulak...
Abang Long dengan teman baru dia.. tembam kan yang tengah tu..nak cubit2 pipi dia..

Ada 2 tingkat sungai, yang dalam gambar ni sungai tingkat atas dalam sikit paras airnya. 
Jika ada event apa2 ataupun aktiviti family day akan dibuat di bahagian atas ni.

Ni pulak bahagian bawah, budak2 suka mandi sini sebab cetek. tapi hati-hati juga tau kat bahagian air turun deras tu agak dalam sikit untuk bebudak.


My little Tasneem baru ja sihat lepas demam, so aku decide tak jadi nak rendamkan si bucuk ni. Swimming suit hello kitty yang cute miut tu pun tak jadi pakai (pic di part I)
Senyum melebar, suka dapat cecah kaki tu kena air cejukkkkkk ya bucuk Ibu.

~Okayla nanti2 kita sambung lagi ya, maklumlah kita curi2 masa menaip..keje hakiki masih ada menanti~
Assalamualaikum 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow Me

Follow by Email

TQ Readers & Customers

Pelanggan2 ku yg disayangi....


**Penting**
Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menerima tempahan produk tanpa bayaran..kami mengamalkan 1st paid 1st serve. Jadi jangan berlengah2 membuat pembayaran setelah kami confirm barang(order anda) still available..
Produk kami sentiasa cepat habis..kami tak mahu pelanggan kami kecewa bila pembayaran dibuat lewat.

terima kasih.

SINGGAH MENYINGGAH